|
|
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) sehingga kini mempunyai 27 rangkaian perpustakaan di seluruh Negeri Melaka. Rangkaian-rangkaian perpustakaan tersebut meliputi perpustakaan pusat, cawangan, bergerak, desa dan JAPERUN. Perpustakaan pusat adalah bangunan yang dibina di atas tanah sendiri tetapi perpustakaan cawangan biasanya dibina sama ada di bangunan sendiri ataupun bangunan yang disewa. Bangunan perpustakaan desa adalah balairaya di kampung-kampung yang strategik manakala perpustakaan Jawatankuasa Penyelaras DUN (JAPERUN) terletak di rumah penghulu di Kompleks Penghulu di Dewan Undangan (DUN) tertentu di Negeri Melaka. Terdapat 5 buah bas perpustakaan bergerak yang memberikan perkhidmatan ke seluruh Negeri Melaka meliputi 210 perhentian. Di antara perhentiannya ialah sekolah, kampung, balai raya, kawasan perumahan, masjid dan asrama. |
![]()
© 2000 Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka