Perkhidmatan Perpustakaan

Membaca Menambah Ilmu


Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) menyediakan beberapa perkhidmatan kepada pengguna perpustakaan. Perkhidmatan ini ada yang diberikan secara percuma dan ada juga perkhidmatan yang berbayar. Mulai bulan Mac 1999, keahlian dan beberapa perkhidmatan perpustakaan mula dikenakan kepada semua pengguna perpustakaan di seluruh rangkaian perpustakaan di bawah PERPUSTAM. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

PERKHIDMATAN PINJAMAN

PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN

Hanya ahli perpustakaan yang berdaftar sahaja layak mendapat kemudahan pinjaman buku. Setiap ahli layak meminjam 3 naskah buku bagi tempoh 3 minggu. Dalam membantu pengguna perpustakaan mendapatkan maklumat yang tidak boleh didapati di perpustakaan, PERPUSTAM menyediakan perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan di mana bahan yang tidak ada di sini boleh dipinjam dari perpustakaan lain.

PERKHIDMATAN RUJUKAN

PERKHIDMATAN FOTOKOPI

Perpustakaan menyediakan bahan-bahan rujukan seperti ensiklopedia, kamus, laporan tahunan, tesis, keratan akhbar dan lain-lain bahan meliputi semua bidang perkara. Bahan-bahan rujukan di perpustakaan boleh difotokopi pada kadar semasa yang telah ditetapkan. Bahan-bahan rujukan tertentu seperti bahan Koleksi Melaka pula tidak dibenarkan untuk dibuat penyalinan.

PERKHIDMATAN KANAK-KANAK

PERKHIDMATAN AKHBAR DAN MAJALAH

Bahagian Kanak-kanak menyediakan keperluan pembacaan dan pembelajaran kanak-kanak yang berumur di antara 4 hingga 12 tahun. Perkhidmatan ini terletak di tingkat bawah bangunan PERPUSTAM. Di antara koleksi di bahagian ini ialah koleksi pinjaman, koleksi rujukan, koleksi majalah, koleksi permainan pembelajaran dan perkhidmatan audio-visual. Akhbar-akhbar utama dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris disediakan di Bahagian Majalah. Akhbar-akhbar dalam bahasa-bahasa lain juga turut disediakan seperti akhbar berbahasa Cina dan Tamil. Majalah dari dalam dan luar negara juga disediakan ruangan ini meliputi pelbagai bahasa dan bidang perkara.

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN BERGERAK

PERKHIDMATAN GOLONGAN ISTIMEWA

Mengandungi 5 buah bas perpustakaan bergerak yang memberikan perkhidmatan di sekitar daerah Melaka Tengah, Jasin, Alor Gajah, Merlimau dan Masjid Tanah. Perkhidmatan ini khas untuk orang yang cacat dan buta.

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN CAWANGAN

PERKHIDMATAN MULTIMEDIA CD-ROM

Bagi mereka yang tinggal jauh daripada perpustakaan pusat di Bukit Baru, perkhidmatan perpustakaan cawangan sedia memberikan perkhidmatan kepada penduduk setempat di daerah Melaka Tengah, Jasin, Alor Gajah, Merlimau dan Masjid Tanah. Perkhidmatan ini disediakan bagi pengguna yang ingin mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara dalam CD-ROM.

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN DESA

NSTP-ONLINE

Perkhidmatan yang mula diperkenalkan pada tahun 1993 ini mempunyai objektif antaranya untuk menyediakan kemudahan dan menggalakkan pembacaan di kalangan penduduk di luar bandar. Ia juga sebagai satu cara untuk meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang perkara selaras dengan pembangunan negara di masa hadapan. Perkhidmatan perpustakaan desa juga merupakan  satu cara untuk melahirkan budaya membaca dan merangsang tabiat membaca. Pencarian maklumat dalam akhbar-akhbar berbahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh NSTP. Pencarian maklumat ini secara terus ke Ibu pejabat NSTP di Kuala Lumpur. Kadar bayaran tententu akan dikenakan kepada pengguna mengikut masa dan bahan yang dicetak.

PERKHIDMATAN PINJAMAN BERKELOMPOK

KHIDMAT NASIHAT

Perkhidmatan ini disediakan untuk agensi kerajaan dan swasta mengikut syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh PERPUSTAM. Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka juga memberi khidmat nasihat kepada jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi swasta dan persatuan berhubung dengan penubuhan perpustakaan ataupun kaedah-kaedah meningkatkan perkhidmatan perpustakaan.

Utama

© 2000 Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka