


PENGENALAN
Terletak kira-kira satu kilometer daripada
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), Perpustakaan Al-Azim telah mula
beroperasi secara rasmi pada tahun 1996 sempena perasmian Kompleks Al-Azim Fasa II oleh
Ketua Menteri Melaka. Perpustakaan Al-Azim terbuka kepada pegawai kerajaan, swasta, para
pelajar dan orang awam. Perpustakaan ini menjadi induk dan model kepada perpustakaan Islam
lain di Melaka khususnya. Kewujudannya adalah untuk membina minda masyarakat dan
menggalakkan penyelidikan Islam di negeri ini.
VISI
- Menjadikan budaya membaca sebagai jambatan
ilmu.
- Meneroka khazanah ilmu untuk pembangunan minda
insan.
- Melahir dan membentuk generasi bermaklumat.

OBJEKTIF
- Menyediakan perkhidmatan perpustakaan kepada semua lapisan
masyarakat bagi tujuan keilmuan dan pembangunan ummah.
- Menyediakan bahan perpustakaan bercetak dalam bidang Islam dan
yang berkaitan dengannya secara meluas yang diperolehi dari dalam dan luar negara secara
pembelian, penyerahan hadiah dan pertukaran.
- Menyediakan bahan rujukan untuk para cendekiawan dan ulama'
khususnya di Negeri Melaka.
- Menyediakan perkhidmatan maklumat bagi memenuhi keperluan
serta membantu perlaksanaan matlamat jabatan.
WAKTU PERKHIDMATAN
Isnin - Sabtu : 9.30 pagi - 6.00 petang
Ahad : 9.30 pagi - 2.00
petang
Cuti umum : Tutup
LOKASI BAHAN

Koleksi Tingkat 1
- Terbitan Bersiri
- Bahan Rujukan
- Majalah/Akhbar
Koleksi Tingkat 2
- Bahan Rujukan
- Bahasa Arab
- Kanak-kanak
PENGKELASAN
Buku-buku disusun mengikut sistem pengkelasan Islam iaitu
Islam Outline of Classification Scheme oleh Ziauddin Sardar. Ringkasan pengkelasan
mengikut bidang perkara adalah seperti berikut:
| No.
Klas |
Perkara |
| A |
Religion |
| B |
Pre-Judaic Religions |
| C |
Judaism (General) |
| D |
Christianity (General) |
| E |
Islam |
| F |
Holy Quran |
| G |
Hadith (Traditions) |
| H |
Prophet Muhammad : The Seerah |
| J |
Muslim Faith |
| K |
Philosophy and related discipline |
| L |
Ibadah |
| M |
Political Science (Politics &
Government) |
| N |
Law (General) |
| P |
Economics |
| Q |
Educations |
| R |
History and People (General) |
| S |
Civilization and Culture (General) |
| T |
The Ummah (Muslims) |
| U |
Human Behavioral Characteristics |
| V |
Contemporary Issues |
| W |
Monotory View |
PERATURAN PERPUSTAKAAN
- Hanya pen/pensil dan kertas/buku nota sahaja dibenarkan dibawa
masuk.
- Dilarang membuat bising dan berbual dalam perpustakaan.
- Merokok, makan dan minum dalam perpustakaan adalah dilarang.
- Kertas dan sampah perlu dibuang ke tempat sampah yang
disediakan.
- Menyalahgunakan bahan perpustakaan seperti menconteng dan
mengoyak adalah kesalahan yang berat. Pengguna diminta membayar gantirugi dan denda serta
disekat dari menggunakan kemudahan perpustakaan.
- Bahan-bahan yang telah dibaca hendaklah diletakkan di atas
troli yang disediakan.
- Tidak mengambil/merujuk terlalu banyak bahan dalam satu-satu
masa.
- Tidak dibenarkan membawa majalah dari tingkat satu ke tingkat
dua dan buku dari tingkat dua ke tingkat satu.
- Semasa meninggalkan perpustakaan, pembaca akan diperiksa oleh
kakitangan yang bertugas untuk memastikan hanya bahan-bahan yang dibenarkan sahaja dibawa
keluar.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Perpustakaan Al-Azim Negeri Melaka
Kompleks Al-Azim Fasa II
Bukit Palah
75150 Melaka.
Tel.: 06-2829349
[ Utama ]